Ini merupakan gambaran di dalam mulut orang dewasa normal. Perhatikan pembahagiannya pada rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibula). Perhatikan pula pembahagian kwadran di dalam mulut, ada 4 kwadran: K1 (atas kanan); K2 (atas kiri); K3 (bawah kiri) dan K4 (bawah kanan). Anda hanya perlu mengingat nama2 gigi dalam 1 kwadran gigi, kerana setiap kwadran adalah refleksi kepada kwadran di sebelahnya. Setiap batang gigi kita ni mempunyai nama masing-masing. Tujuan nama fungsinya supaya kita tahu dan kenal sesuatu benda atau seseorang. Begitu juga dengan gigi. Beberapa hal asas tentang gigi yang perlu kita tahu: (1) Bilangan gigi susu yang dipunyai oleh kanak-kanak: 20 batang. (2) Bilangan gigi permanen orang dewasa normal : 32 batang (3) Erupsi Gigi (bila gigi tumbuh) - akan dijelaskan kemudian. NAMA GIGI SUSU (lihat gambar di atas). A: central incisor - gigi seri tengah B: lateral incisor - gigi seri kedua C: caninus - gigi taring D: First molar - geraham pertam...
BY YOSHI MEIDIAWATI