Ini merupakan gambaran di dalam mulut orang dewasa normal. Perhatikan pembahagiannya pada rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibula). Perhatikan pula pembahagian kwadran di dalam mulut, ada 4 kwadran: K1 (atas kanan); K2 (atas kiri); K3 (bawah kiri) dan K4 (bawah kanan). Anda hanya perlu mengingat nama2 gigi dalam 1 kwadran gigi, kerana setiap kwadran adalah refleksi kepada kwadran di sebelahnya.
Setiap batang gigi kita ni mempunyai nama masing-masing. Tujuan nama fungsinya supaya kita tahu dan kenal sesuatu benda atau seseorang. Begitu juga dengan gigi.
Beberapa hal asas tentang gigi yang perlu kita tahu:
(1) Bilangan gigi susu yang dipunyai oleh kanak-kanak: 20 batang.
(2) Bilangan gigi permanen orang dewasa normal : 32 batang
(3) Erupsi Gigi (bila gigi tumbuh) - akan dijelaskan kemudian.
NAMA GIGI SUSU (lihat gambar di atas).
A: central incisor - gigi seri tengah
B: lateral incisor - gigi seri kedua
C: caninus - gigi taring
D: First molar - geraham pertama
E: Second molar - geraham kedua
Geraham pertama gigi susu akan diganti dengan pra-geraham pertama gigi kekal. Begitu juga dengan geraham kedua gigi susu, akan diganti dengan pra-geraham kedua gigi kekal. Terdapat pertambahan gigi pada orang dewasa, iaitu geraham pertama, kedua dan ketiga (tidak semua orang memiliki geraham ketiga), menjadikan asal 5 batang gigi susu yang terdapat dalam 1 kwadran (5 batang x 4 kwadran = 20 batang) diganti dengan 8 batang gigi kekal dalam 1 kwadran (8 batang x 4 kwadran = 32 batang gigi kekal).
NAMA GIGI KEKAL (lihat gambar di atas).
1: Central Incisor (gigi seri tengah)
2: Lateral Incisor (gigi seri kedua)
3: Canine (gigi taring)
4: First Premolar (pra geraham pertama)
5: Second Premolar (pra geraham kedua)
6: First Molar (geraham pertama)
7: Second Molar (geraham kedua)
8: Third Molar (geraham ketiga)
Pesanan penaja: Saya nasihatkan agar sambil membaca, anda menyemak gigi-gigi yang terdapat di dalam mulut anda, supaya dapat diketahui wujud bilangan gigi yang abnormal. ;)
Erupsi Gigi
Erupsi bermaksud proses pertumbuhan gigi menembusi gusi untuk tumbuh ke dalam tulang rahang dan menduduki posisi tertentu dalam rongga mulut. Bila gigi mula tumbuh dan gigi yang mana yang muncul pada umur-umur tertentu.
Perhatikan gigi anak-anak anda dari mula-mula ia dilahirkan, atau selepas beberapa bulan, sampai umurnya bertambah.
Komentar